16.10.2009

February 28, 2011

Harus Exercise okay

Sangat la gemuk kan sekarang. Berkilo2 da naik ney. Sangat menyakitkan ati. Tapi apakan daya sejak kawen memang la sangat x bole control makan. Dulu makan suma bersukat & sangat berpantang. Facial bukan main rajin. Sekarang? Adoyai, sangat la pemalas yang teramat. Sejak jadi housewife lagi, ber make up pun malas. Ini bukan isteri contoh okay. Sangat la tidak sesuai. Jadi harus alert la sekarang memandangkan bagai tempayan da badan ney. Mau diet2 macam kurang menjadi la kan. Mau makan ubat2 yang berkaitan, agak takut coz' teringin mau preggy this year. Takut beri kesan pula.


Jadi, di awal pagi ari ney, trus buka Youtube. Ingatkan mau buat cardio dance balik coz' dulu sangat la rajin bercardio. Bagus sebenarnya buat cardio ney. Selain menyihatkan badan, ia juga menaikkan self-esteem. Fakta tau bukan auta. Tapi, macam kurang menarik yang ada dalam Youtube. Dulu suka buat yang Paula Abdull punya. Tapi ari ney terasa kurang larat. Miahahaha.


Dipendekkan cerita, terus teringat tentang Zumba. Terus la cari dalam Youtube tue. Tadaaaaaaaa... Jumpa already. Fitness dance ney memang enjoy & confirm bergoyang 1 badan. Tapi, when lama tidak exercise, memang pendek la nafas tue. Termengah2 & sangat sakit kaki. So share dalam ney de video. Mana tau ada yang mau menari2 juga. Yang penting jangan lupa warm up okay. Nanti terkehel pula time menari2 tue. Have fun.




February 27, 2011

Terbukanya Hati Mereka

Alhamdulillah. Tue la ayat yang mampu terkeluar. Apabila ada saudara baru yang memeluk Islam, kita harus bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati mereka untuk memeluk Islam. Agak lambat la kan untuk tulis post ney memandangkan orang lain memang telah berpusu-pusu sejak beberapa minggu lalu tulis tentang ney. Kesahihan tentang Daphne Iking memeluk Islam memang sahih la & telah berkahwin dengan jejaka pilihannya. Tentang Paris Hilton masuk Islam ney macam still samar2 kan. Masih banyak lagi yang buat propaganda di luar sana. Tapi, jika ianya berita yang sahih, alhamdulillah.


Terbaca bout' Daphne Iking ney masuk Islam dalam Beautifulnara la. Memang confirm la yang dia attend kursus kawen before this. Nama Islam Daphne sekarang is Dahlia Eleanor Iking & nama suaminya Azmi. Daphne ney memang dari skola lagi udah terserlah bakatnya. Memang slalu nampak dia outstanding. Harapnya after da peluk Islam ney, dia pun akan jadi outstanding as a Muslimah & bagi contoh yang terbaik kepada peminat2 dia di luar sana. Ney rembat pic dorang dari Beautifulnara juga. Kira pinjam kejap la.hehehe




* Memang pasangan yang secocok. Tapi, apa suda jadi dengan kes anak Daphne ya??


~ Jangan kita sekali2 lupa dengan jasa ibubapa yang membesarkan kita selama ini dengan penuh kasih sayang. Iklan ney maybe bole ingatkan kita betapa susah payahnya mereka. Family comes 1st. Jom layan iklan Petronas ney!

February 23, 2011

Apa Benar???

Just now read post yang mengezutkan tapi x la terkezut mana coz memang suda dijangka. Cuma telah dikompomkan la akhirnya. Nampaknya akan ada muka baru la dalam Melodi ney. Wahid & Fara akan meninggalkan Melodi. Uwwwwaaaaaaa.... Dorang dua ney memang la sangat best jadi pengacara bersama esp Fara tue la yang aku adore sangat dia ney. That's why la dia ramai peminat kan memang dia ada talent la untuk jadi DJ & pengacara ney. Meletopsssss..Sepa penggantinya???


Seperti yang dijangka Zizan Raja Lawak bersama pasangannya Dira. 1st macam alert tentang kemunculan Dira ney when tengok crita Rona Roni Makaroni. Lebey membuatkan dia menyerlah after ikut Sehati Berdansa tue. Memang dia agak comey la kan. Berbakat pulak tue.  Harapnya dorang dua ney akan menggegarkan lagi Melodi. Maybe awal2 tue memang canggung la kan tengok sesi pertukaran pengacara ney. Tapi rasanya suma akan okay coz nampak dorang 2 ney pun jenis natural time mengacara kan lagi2 Zizan tue. Kompom x kering gusi punya. Good luck to both of them.




~ Pic taken from Berita Harian


Inginkan bentuk tubuh yang anda inginkan??Jangan abaikan kesihatan anda. Jalani gaya hidup yang sihat.  

Kesinambungan

Happy sangat2 la after berjumpa dengan kawanku c Anissa. Gelak & peluk2 tak hengat punya la. Tapi, x lama pun bergosip2 coz masing2 pun kelam kabut. Apa2pun I'm happy for her. Memang mantap la life memberku sorang ney. Jadi berniat memang teringin snap pics with her & family. Ney la hasilnya.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


* Nissa, aku pinjam profile pic ko ek..Jan marah tau..hehehe

Sebenarnya kami lupa nak snap pics memandangkan terlalu la excited masa jumpa tue & melayan kerenah comey c Adam ney. Apa2pun, happy dapat jumpa after 3 tahun. Since dorang bercinta ney. Sampai ada anak 1 baru la jumpa balik. Such a happy family........

February 21, 2011

Sesi Pertapaan di LCCT

Tersangat la awal pegi airport kan. Check out ja trus datang sini. So, bertapa di sini dari jam 4pm. Flight jam 9.25pm. Jadi agak mencabar waktu pertapaan tue kan. Yang bestnya ney, mau jumpa degan Cik Puan Anissa & family. Dekat 4 tahun wooo x jumpa. Rasanya bukan me yang terkejut tengok dia tapi dia yang terkejut kali tengok fizikalku sekarang yang ibarat anak gajah ney. Dulu sangat la cekeding. Sekarang, da jadi macam tempayan okay.

Tapi ney ada lebey kurang 2 jam lagi untuk fly. Still waiting for her. Hopefully sempat la jumpa ney nanti. Kesian dia sanggup tue datang. Da la baru abes keja kan. Kena pula jalan jauh2 untuk jumpa. Really appreciate it. Miss her so much. Dari bujang sampai dia ada anak baru la kami terjumpa. Sangat la excited ney untuk jumpa. JAdi jom kita wait dia... Will upload our pics together after this... Can't wait............

February 19, 2011

Nothing much

Datang KL kali ney macam x banyak aktiviti yang dibuat. Rasanya aktiviti makan yang terlebey. Menghilangkan segala yang diidamkan setelah sekian lama x turun KL. 3 tahun woooooooooo.. Sangat la lama tidak menjejakkan kaki ke sini. So far, x banyak perubahan sangat. Still bole ingat jalan2 lagi. Tapi kali ney memang menjadi ratu naik public transport di KL memandangkan kami x dapat sewa keta coz kononnya suma full this week. Jadi memang banyak menapak & duduk dalam train.

Tak banyak sangat pun berjalan tapi rasa mau patah kaki juga la kan. Since Thursday, suda menjejakkan kaki ke area2 Bukit Bintang, KLCC & area Mid Valley. Today pula memang banyak bertapa di Masjid India. Agak teruja juga la seketika memandangkan perbezaan harga yang nyata la kan. Sedia maklum saja harga di KK agak melambung sedikit berbanding KL ney tapi x shopping mana pun coz suma da abes sale..huhuhu..Cuma rambang mata melihat tudung2 di area Jalan TAR ney.

Memandangkan sangat la pack tadi & sedia maklum jalan dengan Mr Hubby ney harus sumanya bergegas. Jadi tanam impian pegi on Monday la untuk beli tudung2 tue coz da set kedai mana yang akan diserbu. Lagipun perlu menyinggahkan diri ke Sogo on Monday untuk membeli daging salai yang diidamkan oleh my sis tue. Kang kempunan pulak.

So far memang selama di sini if bole mau makan tue Char Kue Teow di area Pantai Dalam hari2. Mr Hubby & I seperti mengidam tak hengat doooniaaa punya la. Sanggup tue naik LRT & menapak di malam hari semata2 ingin menjamu Char Kue Teow yang sedap x hengat la. Jadi, esok malam harus la pegi lagi memandangkan Monday malam mau checkout dari KL already..kekekekeke..

So far, teda la yang menarik sangat selama di KL ney. Tapi dapat la melepas rindu seketika terutama terhadap 'Makanan' yang sangat2 la dirindui. Kenapa la di KK tue tiada yang boleh menepati citarasa masakan di sini ney. Maybe harus belajar la kan masak yang sedemikian terutama sekali menanam cita2 untuk belajar masak Char Kue Teow yang sedap banget tue. Jadi, harus berusaha gigih la gamaknya. Apa2 pun, thanks to Mr Hubby kerana mengangkut saya sekali ke KL walaupun pada hakikatnya dia bekerja. Till then, nite2. Mau melayan crita TV3 dulu...........

February 12, 2011

12.02.2011

Dari semalam ada inform tentang kenduri2 ney. Actually today sepatutnya birthday arwah Didy (my dad) yang ke 57. Tapi, Allah lebey sayangkan Didy. 3 tahun lepas adalah sambutan yang terakhir kami sekeluarga. Didy pergi meninggalkan kami pada 20.02.2008, 8 hari selepas sambutan birthday beliau yang ke 54 tahun. Jadi malam ney kami adakan kenduri ke 3-tahun secara kecil2an bersama keluarga untuk arwah Didy. Mudah2an roh Didy tenang di sana & ditempatkan di sisi2 orang yang beriman. Al-fatihah.....



* I really miss Didy...huhuhu

My Puding Gula Hangus

Semalam adalah sesi membuat kek batik for kenduri & also percubaan membuat puding gula hangus. Tapi nampaknya puding tue kurang menjadi.hehehe.. It's oaky. Akan try buat lagi in the future. memang senang la membuat puding ney. Simple. Ney sebabnya mau makan sangat la kan jadi harus la belajar untuk buat. Even kurang menjadi pun tapi kami laki bini tetap makan dengan semangatnya.hehehe....


February 11, 2011

Sangat2 la tidak ter-update

This week langsung la tiada update both of my blog. The other one tengah prob coz x bole langsung nak upload gambar.huhuhu..Still under maintenance la gamaknya. This week macam busy sket melayan kerenah budak2 ney. Rasa x cukup tangan nak handle dorang ney. Macam2 kerenah tapi if dorang tiada, pandai juga rindu2 tue. Lagi2 sekarang ney yang 2 boys ney musim sukan. So, sometimes petang2 ada training.

Today macam terajin sket bukak my blog. Tapi, no hot story pun. Just crita2 kosong only la. Tadi meng-goggle resepi kek kukus memandangkan dari hari tue lagi teringin membuat tapi belum kesampaian. Tengah2 syok google, tiba2 terasa la pula kn mau makan Puding Gula Hangus. Terus google resepinya & berniat buat malam ney sekaligus buat kek batik for kenduri esok. Just kecil2an bersama family. Kenduri apa ya?? Esok confirm akan di post dalam my entry.

Jadi, assistant malam ney confirm la c budak gemuk Haziq ney coz dia tido cney tonite. Tapi, slalunya dia hanya tolong untuk membebel & akan curi sket hasil kek batik tue. Konon2 mau rasa la. Jadi, akan tambah tugasan dia malam ney untuk buat puding pula. Hopefully menjadi la. Tengok resipi memang nampak senang. Will post later kejadian tentang puding tersebut. Daaaaa.........

February 6, 2011

Sunday Blues

Hari ney memang lepak di ruma the whole day lagi la gamaknya memandangkan kesihatan diri kurang mengizinkan untuk berjoka2.huhuhu... Plan awal mau pegi umah my mum coz' mum pun sakit tapi maybe petang sket la baru pegi.  Wait hubby first.  Tapi, bosan juga ney duduk tercongok di umah ney cuma dapat la restkan diri memandangkan besok bermula already rutin harian bersama kanak2 riang.  Cuma Dania yang still akan cuti besok.  Means awal pagi lagi perlu jaga dia & mendengar celoteh2 nya.

So, sekarang ney just melayan Melodi.  Ada hos bersama pula today.  It's Dira.  Comel ja dorang 3 ney bergabung.  Rasanya last week pun ada hos lain yang bersama Fara & Wahid.  Why ya ada suma ney? Mau ditukar hos ka? Erm...... Hopefully tidak la kan.  So far gabungan dorang dua ney memang malatopppp!! Cerita today okay2 la. Part yang cute part Ziezan & Julianna. Katanya tidak bercinta. Just bestfriend. Tapi memang comel.  Memang wujud juga kes macam ney lebey selesa berkawan berbanding bercinta coz sumtimes bila bercinta bole jadi gaduh2 only.

After this mau menggoreng nasi only la coz' sangat tidak sedap rasa ditambah lagi dengan sakit tekak yang memeritkan ney mengakibatkan Sindrom Malas Masak tue kuar.hehehe.. Harapnya Mr Hubby tidak kisah makan nasi goreng today.  Kesian juga dengan my hubby melayan kerenah I when macam ney. If mengandung besok2 x tau la apa kerenah lagi yang akan kuar. Hopefully la akan okay kan & memang berdoa sangat2 tahun ney akan membawa rezeki yang lebih baik untuk kami berdua terutama untuk dapat baby ney. Amin............

So, jom layan Melodi sampai abes dulu baru masuk ke dapur. Sungguh la tidak sesuai kan isteri memasak sangat lewat. hahaha.. Tapi macam ney la bila suami anda bekerja menggunakan waktu US. Best juga kan bole masak lambat2.hehehe.. Happy Sunday everybody...........

February 5, 2011

Tahun Arnab

Suma still dalam mood cuti2.  Ada yang bercuti sampai seminggu ney like my sis. It's a force leave. hehehe.. Chinese New Year 2011, kami suami isteri just tinggal berdua memandangkan family yang lain suma pegi KL.huhuhu.. Tapi still kami rasa tue suasana coz' time CNY eve tue sangat la meriah bunyi mercun tue. lain cerita lagi yang bunyi singa2 tue bertandang ke ruma. So, kami dua awal2 tutup pagar umah.hehehe.. Tapi ney bukan story for this post. Mau story bout' this Metal Rabbit Year. Jom!!!


Melalui pembacaan, nampaknya Tahun Arnab ney macam bagus juga. Before this, memang kita sedia maklum Tahun Arnab ney melambangkan kasih sayang. Jadi, maybe good for love la kan. More to family oriented rasanya. This year juga macam good in wealth. Tapi perlu ada kerja keras untuk capai semua ney. Tue la rabbit. Selalunya yang lahir dalam tahun arnab ney financially lucky. Tapi for us, need to be hardworking to achieve all this.


In Chinese Calendar, I'm born on Dog Year. Tapi, kita akan tengok untuk semua animal sign for this year prediction. Just, untuk kita tengok & predict what will be happen. Apa2pun kita still perlu percaya pada takdir, usaha & luck kita. Ney suma hanya la prediction. So, jom kita tengok untuk 12 animal sign ney.

  1. Tikus (1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008) : Not really a good year for rat tapi good for career.
  2. Lembu (1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009 ) : Also not a really god year for ox tapi still ada luck dalam kewangan. So, still ada peluang untuk gain more lucks untuk aspek2 lain juga.
  3. Harimau (1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010) : Tahun yang baik untuk yang lahir pada tahun ney terutama sekali dalam bidang kerjaya. Memang sangat bagus. 2011 akan memberi banyak kejutan & rasanya memang tahun yang agak bagus for Tiger.
  4. Arnab (1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011) : It's a great year for Rabbit. Memang akan ada kejayaan & luck dalam kerjaya serta kehidupan peribadi.
  5. Naga (1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000) : Akan banyak perubahan, cabaran & peluang yang baru dalam 2011 ini cuma perlu berhati2 sekiranya berlaku kemalangan terutama yang melibatkan metal.
  6. Ular (1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001) : Memang tahun yang hebat dalam kerjaya, perniagaan & cinta.  Cuma perlu berhati2 dalam kesihatan & dalam membuat pelaburan.  Means kena jaga diri lebey sket la.
  7. Kuda (1918, 1930, 1942, 1954,1966, 1978, 1990, 2002, 2014) : Akan banyak perubahan yang akan berlaku. 2011 more better than 2010 as long as they stay positive.
  8. Kambing (1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015) : Tahun yang sangat busy. Tapi, good year to do some investment. Cuma perlu berhati2 dengan wang coz' senang masuk tapi senang keluar juga.
  9. Monyet (1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016) : Good in everything tapi sama macam Tahun Kambing, perlu berhati2 dengan pengunaan wang.
  10. Ayam (1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017) : Tahun yang agak sukar.  Mungkin akan ada masalah dalam kewangan.
  11. Anjing (1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018) : Tahun yang sangat hebat.  Akan banyak kegembiraan pada tahun ini cuma perlu berhati2 dengan kesihatan & perlu berusaha gigih untuk capai kesenangan hidup.
  12. Babi (1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019) : Interesting year. Banyak masalah akan dapat diselesaikan.
Rasanya Tahun Arnab ney macam lebey 'ong' berbanding tahun lepas.  Jadi, harapnya kita semua akan buat yang terbaik dalam hari yang mendatang. Perlu usaha lebih untuk mencapai kemajuan dalam hidup. Jangan kita hanya berada di takuk yang lama.


 * If bela rabbit bole dapat 'ong' lebey ka juga??hehehehe