16.10.2009

September 30, 2012

My Baby Sakit

Orang selalu cakap kalo baby yang masi menyusu badan, confirm dorang susa mau sakit.  Memang tidak dinafikan. Selama 9 bulan ney rasanya baru 3x Izzati sakit. Tapi kali ney sakit dia sampai buat mama dia berlinang airmata okay. Sangat la tidak sanggu tengok dia sakit macam tue. This time my princess bukan demam biasa tapi demam campak. Tapi bukan measles atau chicken pox. Cuma memang dalam family campak. Heran juga tue doktor x bole kasi specific name bout sakit dia. At first badan dia warm2 ada la dalam dua hari. Then nampak macam ada rashes di leher. So just sapu Hazeline Snow (memang dari dia lahir akan sapu krim ney if kena gigit nyamuk or ada rashes). Tup2 tengahari tue melarat pula satu badan. Even tapak tangan and tapak kaki pun ada. Tapi si baby maintain okay. Not cranky at all. Tapi we decide untuk bawa dia pegi klinik & just kena bagi Calazite cream.

Balik rumah dia mandi makan suma dengan penuh keriangan. Siap naik motor lagi pusing2 kampung sama papanya. When malam perasan yang badan dia warm. Makin lama macam makin panas. I just gave her ubat demam. Then dia tidur. Tapi dia tidur x mau berlepas sama mamanya. Menten mau menyusu. If bergerak sket ja confirm dia menangis. So malam tue memang dia tido melekat dengan mamanya ney. Tapi kejap2 akan merengek. Maybe dia x selesa kan. The next morning masa paling kritikal. Dia x mau berenti menangis okay. Mana x panik kan. So terus bawa dia pegi klinik awal pagi morning. Di klinik lagi la meriah suara dia. Doc just bagi ubat demam yang kuat sket and antibiotic. Sampai rumah dia makan suma. Tapi x lama pastu nangis lagi.

Hohoho mama dia pun ikut nanes skali sebab panik & x sampai ati tengok dia nangis macam tue. Last option is bagi dia minum air kelapa & sapu badan dia dengan air kelapa tue then buka baju dia. Coz maybe dia sangat cranky because of ngantuk & badan dia gatal2 kali kan. Alhamdulillah after that dia terus okay x menangis & dapat la dia tido lena sket. Memang berkesan la air kelapa ney kan. Memang si baby x cranky  suda pastu. The next day lagi banyak kuar merah2 tue tapi dia x demam & not cranky at all. Alhamdulillah. So far amek masa seminggu juga la untuk merah2 tue hilang. So bila dia suda okay tue apalagi sangat la aktif gayanya. Paling dia suka bila dapat mandi few days after dia sembuh. Maybe dia sangat suka mandi so when x mandi tue dia rasa macam x complete kali kan. 

Moral of the story, jangan panik if anak sakit. hehehe. Dia nangis2 just because rasa sakit & x selesa. So si mama harus menten steady okay. If not dia akan lebih cranky. Ney few pics masa dia sakit.

Di pipi la paling menyerlah merah2 tue


Odw to clinic

Tetap menten naik motor even sakit

Sangat happy dia dapat mandi

September 7, 2012

Suria Secret Ramping Balm

Another new product from my store. Terbukti da keberkesannya. Ramai yang suda repeat order. Balm ney comel la sangat. Minnie mini sungguh tempatnya. Tapi walaupun kecil, efeknya besar okay. Jom tengok serba sedikit tentang produk ney.

Kebaikan Balm :

  1. Dapat menurunkan berat badan dalam masa yang sangat2 singkat. Kalo dengan penggunaan yang konsisten dapat turun berat seawal dua minggu. Wah!!!!
  2. Merupakan penawar serbaguna. bukan saja untuk kurus tapi balm ney kita boleh guna untuk rawat Gout, Sakit pinggang/sendi, Darah tinggi, Penat, Lelah, Migrain, Senggugut & untuk yang baru lepas beranak.
  3. Bahan2 yang terkandung dalam ney tidak bahaya. semua semulajadi okay. Bahan utama cuma serai wangi & pokok kemarau lima bulan.
  4. No need diet2. Just sapu balm ney di tempat lemak2 degil yang terkumpul :p
  5. Long lasting. Uiseh macam mekap pula bunyinya. Panasnya tahan lama bukan setakat 1-2 jam tapi kita stll rasa selesa. 
  6. Bau sangat la mild. Bukan macam sesetengah ubat kurus, bau sangat la menusuk kalbu :p
  7. Ney mesti ramai yang suka, balm ney tahan lama. Even macamana kita rajin pakai, at least boleh bertahan sebulan disebabkan sifatnya yang seakan wax.
  8. Last but not least, balm ney senang la mau bawa pegi mana2 sebab saiznya sangat la mini. Simpan dalam handbag pun orang nda perasan. Even kita pakai beg yang cinonet pun still muat sebab saiznya yang extra cinonet.
Cara penggunaan :
  1. Untuk buang lemak - just sapu pada kawasan2 yang ada lemak.
  2. Darah tinggi /migrain - sapu pada belakang leher.
  3. Gout / sakit2 sendi/ senggugut / lelah - sapu pada kawasan yang sakit.
  4. Ibu2 lepas beranak - sapu di perut dan kawasan berlemak yang lain, sebaiknya pakai bengkung atau korset after sapu balm ney.
Best kan balm ney. As for me even suda turun 25kg after beranak, tapi saya still try guna produk ney untuk tau keberkesannya sebab kadang2 tue pandai juga sengal2 badan kan & still banyak lagi lemak degil di perut ney. So, harus la guna balm ney kan. Lagi satu adalah untuk cuba bagi encik husband pakai supaya kurus sket. Kekeke. If berminat untuk order boleh click di link ney Balm Mujarab. Harga sangat la berpatutan. Cuma RM55. 


September 5, 2012

Our 2012 Raya

Alhamdulillah, tahun ini diberi kesempatan & kesihatan yang baik untuk bertemu denga bulan Ramadhan serta Syawal. Ini merupakan tahun yang ketiga beraya bersama suami. Memang ikut urutan sungguh menyambut Syawal ney. Masa 2009, beraya sebagai tunangan orang. 2010 beraya berdua. 2011 beraya dalam keadaan mengandung. 2012 beraya sekali dengan si ketot kami ney. Hehehe. Jadi persiapan tahun ney lebey kepada puteri kami & adik-beradik suami yang masih belajar. Tahun ney turn beraya bersama bonda di KK. Memandangkan sekarang tinggal di Labuan suda, jadi suasana balik beraya tue memang terasa la. Enjoy.

Asalnya mau balik naik flight tapi last minute decision, husband said bawa keta. Okay feri suda penuh. Nasib la ada ipar yang sudi membantu untuk dapatkan tiket feri. Kami dijadualkan belayar jam 3.30pm dengan feri baru gitu. Feri Kimanis namanya. Happy la sebab dapat balik cuma sedey sket sebab x berkesempatan bersahur & bersungkai dengan my mum di KK. Tapi, janji dapat balik beraya memang bersyukur la. Kami bertolak dari rumah seawal 12 tengah hari sebab kena singgah rumah nenek husband dulu then kena pegi Financial Park @ UK untuk beli barang sket. Dipendekkan cerita, kami mula beratur di feri jam 2.30pm. Siap beli KFC suda untuk juadah sungkai petang tue sebab sangat2 la yakin akan bersungkai dalam perjalanan dari Menumbok ke KK. Semangat gitu.

Masa beratur tue kami nampak feri  Brunei masi stranded lagi sebab terlalu banyak kereta jadi ada kereta2 & lori2 yang mau ke Brunei stucked. So, yang kereta2 ke Menumbok harus give way untuk dorang jadi majoritinya kami buat pusingan tawaf . Selesai ja feri Brunei ney jalan, terus feri Kimanis masuk. Confident ney mau naik feri suda. Skalinya feri tue reverse balik after turunkan kereta2 yang dari Menumbok. Punya la blur. Konon kena give way dulu dengan feri Warisan & Wawasan. Nasib posa kan jadi bersabar la. Akhirnya sesi sungkai adalah hanya di tepi feri di Terminal Labuan. hehehe. Kesian dengan baby la sebab lama sangat menunggu. Kami hanya dibenarkan naik feri dalam jam 8.30 malam & bertolak lebih kurang 9.30 malam. Bayangkan berapa jam menunggu. Penatzzzz.

Dipendekkan cerita kami sampai rumah almost 2am. Memang terasa suasana balik di malam takbir tue dengan perjalanan jauh berteman lagu raya & hujan lebat. Nasib la si baby tido sepanjang perjalanan dari Menumbok ke KK. Sampai saja rumah dia bangun tengok TV. Around 3am baru tido. Tapi mamanya sambung lagi story mory. Akhirnya tido jam 5am. Besoknya bangun 7.30am memang muka seposen. Orang lain pegi solat Aidilfitri, so kami sibuk di dapur siapkan apa yang perlu. Tahun ney kurang korum memandangkan one of my sister beraya di KL. Tapi kemeriahan tetap terasa. Kami berkumpul, bersalaman & makan Raya bersama. Paling best part mau amek family picture terpaksa la guna self timer tapi ada la yang terputus kepala. Hehehe. Naib masa di ruma my cuzzie dorang ada tolong amekkan family pic.

For raya pertama, kami beraya di rumah my aunty di Seri Gaya & Petagas. Then, terus pegi beraya di Papar sampai malam. Nasib la si baby tidak la terlalu berkerenah. Maybe dia nangis2 pun sebab penat. Malam tue balik rumah memang suma tido dengan semangatnya. Next day bangun memang bersiap tolong2 sket sediakan juadah untuk tetamu mum yang datang umah sebab kami laki bini kena rushing untuk beraya di rumah saudara-mara on my side memandangkan masa kami beraya di KK sangat sekejap. Masa ney just sempat beraya di rumah my uncle di Seri Gaya, Taman Jumbo, Kampung Pasir Putih & Kuala Menggatal. Memang beraya sampai ke malam. The next day kami beraya on my husband side pulak di Tenghilan, Kota Belud & Likas. Pengsan beraya. hehehe. Raya ke4 kami just stay at home sebab terpaksa bersiap2 untuk balik Labuan. Alhamdulilah perjalanan kami kali ney agak smooth. Feri pun delay dalam sejam macam tue ja.

Balik Labuan kami beraya ala kadar ja. Ziarah rumah saudara-mara terdekat ja. Then hubby rushing ke Brunei sebab ada urusan keja. Kiranya kami beraya pun hanya 6 hari then balik ke rutin asal yang mana jadual keja hubby yang agak pack. So, ney la story raya untuk tahun ney. Hopefully Ramadhan & Syawal tahun hadapan lebih meriah. Can't wait. Dari kami sekeluarga diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Enjoy some of our pics ;)