16.10.2009

January 29, 2011

KHURAFAT


Petang tadi pegi tengok movie Khurafat with Kak Ann & Haziq. Suka2 kami angkut budak 8tahun tengok crita antu kn. Tapi dia okay. Just tutup2 mata la when scene yang gelap2 tue. Tergerak hati untuk tengok this movie coz' ramai komen2 yang ney Malaysian movie paling menakutkan. Memandangkan memang sangat minat tengok horror movie, so layan la kan.

Starting crita terus nampak keranda kan. So, terfikir mesti scary punya la. Tidak dinafikan this movie not bad jugak. Make up antu2 dia pun nampak agak real sket berbanding crita antu  Malaysia yang sebelum ney. So, syabas buat Syamsul Yusof. Rasanya part yang orang cakap menakutkan tue coz' banyak sangat suspen. Kejap2 tue coz' antu kuar dari setiap sudut. Jadi, syabas juga la buat Syamsul untuk pembaharuan ney.

After tengok movie ney, memang terfikir la from the scenes, kita bole cakap macam benda ney betul2 happened. Means that, macam setiap watak tue kira logik la kejadiannya. That's why juga la boleh dikatakan cerita ney agak seram. Then, ada moral la kan this movie supaya kita jangan sekali2 buat benda2 khurafat ney coz' akhirnya pasti memakan diri. Memang ada certain scene kita bole predict la apa yang akan jadi tapi still not bad la. Ney maybe da terlebey tengok crita antu kan. Jadi, suka pula when tengok Khurafat ney tadi.

So far watak2 dorang ney kira okay la cuma watak Liyana Jasmay tue nampak agak muda untuk jadi isteri Syamsul. Tapi, still menarik lakonan dorang suma ney.  Part yang mengagumkan sket tue part Syamsul angkat mayat Sabrina. Rasanya in real life ada x yang brani buat macam tue?? Lagi satu part dalam van jenazah tue memang la nampak real. Mesti ramai yang jerit masa dalam cinema kan.

Pelakon yang memang nampak berkesan abes dalam movie ney rasanya Sabrina la. Memang dia nampak frust gila dalam tue. Masa tengok dia main2 pisau tue, terasa juga ngilunya. Nampak sangat real dia tikam2 & kerat2. Syabas. Then, masa yang dia dimandikan & dikapankan memang nampak la dia berjaya membawa watak tue coz dorang macam fokus betul2 cara2 menguruskan jenazah yang sebenar.

Jadi, keseluruhannya memang agak berpuas ati juga la. Not bad. Cuma tidak la seperti yang digembar-gemburkan yang movie ney teramat la menakutkan. Tapi, suspen dalam movie ney memang not bad jadi x la rugi sangat pun pegi tengok. Tapi, yang agak kecewa sket part ending tue la. Macam keliru sket & ending tue kurang smooth ceritanya. Tapi, still berbaloi la untuk pegi tengok. Jadi, sokong a & bantu la industri perfileman kita k.

No comments:

Post a Comment