16.10.2009

December 31, 2012

Family Holiday

Penutupan tahun 2012 ney my mum choosed untuk kami buat percutian keluarga ke Johor & Singapore dari 12 Dec till 16 Dec. Memang happening sebab sangat ramai budak memandangkan memang kami semua pegi dan masing2 pun ada anak kecil. So memang riuh dengan suara budak2 seja. Nasib la mum okay sepanjang percutian. Hehehe. Supposed to be kami pergi sekeluarga ja tapi last minute my aunty follow. Bagus juga so my mum ada la juga kawan. Kami bertolak dari KK ke JB by Airasia so pergi Singapore just melalui JB la except for my sister yang di KL dorang drive from KL to JB. My mum decide untuk ambil ground tour from my cousin sebab kami ramai so takut pula nanti x terhandle suma kan.

Sampai JB memang suda ada van yang menunggu. So, memang kami direct pegi hotel and check in. Kami stay di JA Residence. Not recommend this hotel. Dari segi kebersihan memang kurang & need renovation I guess. Credit to this hotel sebab bilik besar and location la. Tapi macam kami just untuk tido so no complaint plus mum yang sponsor hotel & flight. Hehehe. After check in suma terus berjalan pegi JB City Square. around 5 minutes ja pun if jalan kaki. So sangat dekat. Memang area hotel ney senang la mau cari makan or beli barang. Convenient la dari segi tue. Waktu malam pula ada bazar depan hotel ney. Bole la cuci2 mata and buang boring if teda buat apa2. Nothing much activity that day. Malam tue kami just pegi makan steamboat dengan family kak Aban, my sister's bestfriend.

The next day, kami pegi Legoland. Bertolak dari hotel seawal 9 pagi. We thought jauh la tapi maybe x jam kan so dalam 15 minutes kami sampai suda  area Nusajaya ney. Excited la kan menengok lego2 tue. Especially Haziq la yang sangat obses dengan Lego memang dia teruja  sangat. Sangat panas that time and everybody queued up untuk masuk dalam tue on time including us yang semangat beratur panas2.Tepat jam 10 pagi dorang buka pagar so berpusu2 la orang masuk. Actually kami yang ada baby kecil ney nothing much yang dapat dibuat sebab Zaty agak cranky maybe sebab panas & dia mengantuk. So nothing much yang dapat kami enjoy. Yang budak2 besar la enjoy their time. Ada yang bole drive sendiri and siap buat lesen RM25 tue.

As for me, if you all ada anak2 yang umur 4 years and above then I guess you all akan enjoy because memang you all bole main all the games together. As for us ada baby kecil keja kami memang jadi camwhoring and makan seja lorr. Even tue train  pun kami x sempat naik due to panas yang menggengget and tiba2 pula hujan lebat tak hengat punya. Tapi still enjoy juga sebab amat kagum dengan hasil2 lego yang dorang buat. Memang sabar la kan orang2 yang pasang lego tue. Don't know berapa banyak la lego yang kena buat. As Malaysian, I'm very proud that we have our own Legoland which is 1st in Asia. In here, there should be no problem about makan all that sebab everything is Halal.

We spent few hours in Legoland. Thinking of going to Hello Kitty area coz orang cakap dekat seja tapi sebab macam kelam kabut so we decided not to go.  In shaa Allah ada rezeki next time bole pegi lagi because rasanya memang baby Zaty akan suka plus tempat tue memang sesuai untuk younger children. So around 2pm kami bertolak dari Legoland menuju Johor Premium Outlet (JPO). Nothing  much to shop. En hubz yang shopping. Me busy jaga anak. Kekeke. Around 6pm kami bertolak balik hotel. So that night just jalan2 kejap dekat bazar depan hotel tue tapi kebanyakan gerai belum buka that time plus hujan. So balik bilik layan movie Pontianak vs Orang Minyak.hehehe

The next day, kami bertolak ke Singapore. As for us yang ada baby kecik ney kena ikut Innova supaya x perlu turun masa cop pasport. Others kena ikut van persiaran tapi dorang lebey untung sebab peratus jam untuk dorang sangat kurang. Like us memang jam sebab banyak kereta persendirian yang masuk Singapore that time. Around 11am kami sampai di Universal Studio Singapore (USS). Memang ramai la juga orang sebab cuti sekolah  kan. Most of time membazir dengan berbaris ja. As for me and my hubby it's our second time to come (bole tengok post kami sebelum ney USS 2010)  here jadi mood camwhoring tue da berkurangan. Plus ada baby so pergerakan agak terbatas. Benda baru yang dicuba di sini cuma Transformer yang 6D. Super duper like. Kami di sini sampai 6pm. Still banyak games yang x dapat main. Kesian Haziq la.

That  night nothing much we did just pegi makan di Arab Street. Then jalan kaki balik hotel. Penat hokay dengan menggendong si kecil ney. The next day just check out and jalan2 area Singapore. After amek gambar suma balik JB. So, next time memang akan turun Singapore lagi sebab still rasa x puas ati walaupun suda 3 kali pegi kan. Hahahaha. Eh lupa pulak. Masa di Singapore we all stayed at Fragrance Hotel Bugis. Biliknya sangat la comel. Kecil and no window tapi sangat cantik and bersih. Okay la kan setakat untuk tido 1 malam. Tapi jangan la makan di hotel ney for Muslim. Confirm2 x halal.. Balik JB kami stay di JA Residence juga. Petang tue just jalan2 di JB City Square. That night dinner di Senibong. My beloved cuzzy belanja. Fresh, sedap and environment best. Then balik hotel terus pengsan.

Next day, checked out at noon then sambung lagi pegi JPO. Memang langsung x shopping. Only en hubz  yang shopping for his shoes. So, balik KK memang dengan Singapore Dollar yang macam x luak & RM pun still macam tue juga. For the first time I buat penjimatan semasa bercuti. Bukan my mum yang bingung cuti ramai2 tapi I yang bingung and macam x besa. Hahaha. From JPO terus pegi airport. Time to go home. Bye2 JB. Nanti  datang lagi. Ney la  percutian kami. Memang penat tapi best sebab pegi ramai2 kan. For us laki bini kami sambung lagi perjalanan balik Labuan seawal 9am sebab tiket kereta just booking. So harus la kan bertolak awal. Panjang berjela suda post ney. Boring la ba orang baca. Hehehe.











December 29, 2012

2 More Days

Nampaknya kita suda berada di penghujung 2012. Sangat la x terasa kan masa tue berjalan. Terpaksa berlari 100m rasanya nak mengejar semua hal. Rasanya rata2 antara kita ada pengalaman pahit dan manis selama 2012. As for me it's the best year ever. Many things happened but most of it it's a good memory. Mana2 yang kurang baik yang terjadi tue telah mengajar saya erti kehidupan dan menjadikan saya lebih tabah dan matang dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri & ibu. Uiseh ayat tue.

Alhamdulillah Allah telah memberikan peluang for me untuk bernafas sehingga ke hari ini. So far, tahun ney merupakan  tahun yang ke 3 saya menjadi surirumah sepenuh masa dan buat online biz sket2. Alhamdulillah tahun ney agak membawa rezeki kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah juga rezeki ney dapat dikongsi dengan my  family and also my in law's family. Alhamdulillah. Tahun ney juga me telah saya telah merasakan menjadi seorang ibu sepenuh masa membesarkan satu2nya my princess, Nur Izzati Batrisyia. Sangat tak terasa hari ney umurnya genap setahun 27 hari and dia still full breastfeed. I'm so proud of it. Alhamdulillah sebab kita tau bukan suma yang berpeluang menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan saya amat bersyukur dapat menyusukan my baby exclusively.

Tahun ney juga me & my husband pindah ke Labuan & choose untuk menetap sini terus. Still tinggal dengan mentua but it's okay sebab my husband still dalam usaha kumpul duit untuk buat rumah. In shaa Allah. Moga Allah permudahkan semuanya. So far since di sini rezeki bertambah murah dan my husband more focus in his work. Alhamdulillah. Ramai juga yang suda bertanya bila mau menambah baby. Bukan menolak tapi memang belum ada rezeki plus en hubby sangat la busy. Outstation memanjang. Ney pun suda 9 hari dia outstation. Jadi zaty pun still kecil and masih melekat 24-7 dengan mamanya. Macam la mau ada adik. Hehehe. Insya Allah if ada rezeki tahun depan or lagi 2 tahun la baru menambah lagi sorang baby. In shaa Allah.

So far 2012 banyak membawa kenangan manis kepada kami sekeluarga. As for me & my hubby, kami semakin matang dalam melayari hidup berumahtangga and dapat bercuti bersama banyak kali juga dalam tahun ney even dalam Malaysia saja pun but sangat bersyukur sebab still dapat spent time together and jalan2. Semoga 2013 akan membawa kehidupan yang lebih bermakna buat kami. Amin. Happy New Year from us. Hope next year will be a good, happy and prosperous year. 


November 24, 2012

Mama's Little Princess

After 9 months pregnancy, akhirnya lahirlah si kecil yang dinantikan selama 2 tahun lepas kami bernikah. Lama juga la menanti kehadiran si kecik ney. Dari mamanya selim melim sampai jadi extra 'comel' gitu. I lahirkan si baby awal 10 ari. Patut due date 12.12.11 tapi dia kuar 02.12.11. Alhamdulillah proses kelahiran agak cepat lah juga eventhough kena vakum kan. Sampai hospital 7am, baby kuar 8.45am after tiga kali kena sedut memandangkan kedudukan kepala baby macam x ngam. Bak kata doktor if baby x bole kuar juga memang kena c-sec. Kalo la kena c-sec kompom2 I akan meraung punya memandangkan da sejam I meneran bagai nak rak.

Memang bersyukur sangat sebab rasa sakit mau beranak tue tidak terlalu lama. Memang suda teasa dari jam 1am tapi still setengah2 jam sakitnya till yang 6am tue baru la rasa yang 3minit sakitnya. So on that time baru la bergegas mandi segala, kejutkan en hubz, minum segala air zam2 & selusuh tapi paling x bole trima tue sempat lagi breakfast sebab kelaparan tahap dewa plus takut teda tenaga pula mau meneran. Uiseh. Paling x bole lupa masa dalam keta segala2 la dibaca memandangkan masa tue memang sakit yang teramat. Nasib la hospital tue setakat 10minit perjalanan & x jam. Kalo tidak confirm haru biru. Sampai hospital sanggup x mau turun dulu. Mau juga jalan jauh2 dari parking sama hubby. Nasib la terus disorong pegi labour room sebab bukaan suda 8cm.If not memang akan meraung sebab x tahan sakit suda. So ney memang satu pengalaman paling berharga yang I rasa dalam melahirkan si cinonet I ney.

Pagi beranak, petang balik ruma suda nyanyi2 walaupun kesakitan tue belum reda kan. Pagi bawa perut, petang bawa baby suda. So far, selama 11 bulan ney, my baby bukan la jenis yang banyak ragam pun. Sebulan pertama seja dia macam extra cranky kan maybe sebab dalam proses membiasakan perubahan dari dalam perut ke dunia baru. Kembung perut pun sangat la jarang. Sakit pun tidaklah kerap mana. so, ALHAMDULILLAH Allah kurniakan permata hati yang sempurna dan senang dijaga. Selama 11 bulan ney juga la my baby masih full breastfeeding. Pernah cuba bagi formula tapi dia tolak even botol pun dia x mau. Tetap juga mau melekat sama mamanya. So, now I officially announce that I'm an exclusive breastfeed mama for 11 months. Hahahaha. Bangga and sangat bersyukur okay sebab bukan semua ibu dapat menyusukan bayi mereka sendiri. Alhamdulillah.

So, apa kata kita tengok perkembangan anak I dari mula lahir sampai sekarang. Nampak sangat la kan I syok sendiri bila tulis entry sebab belum tentu pun ramai yang read blog ney. Tapi, this is my blog and I enjoyed to write any topic that I like. Uiseh. Okay sambung story.

  • Day 1 - Balik umah dia tido ja pun tapi start jam 1 memang berjaga. Suasana ney bertahan la juga selama sebulan jadi memang mamanya dari 76kg turun ke 65kg masa ney. Hahaha. Masa ney juga la nanes2 bila baby menyusu sebab kesakitan. Nasib en hubz memahami and dia belikan nipple cream jenama Palmer's tue. Sangat berkesan.
  • 1 month - Masa ney lemak di badan anak I da nampak perkembangan. Dari halus mulus saiznya, ada la nampak suda masel2nya. Kekeke. my sisters always call her Michellin baby. Tapi, dia x berat pun sekadar 4.3kg only. Just naik 0.9kg. Masa ney dia pandai senyum2 suda & respon pada bunyi2.
  • 2 months - time ney pandai respon dengan kamera suda. Macam betul seja. Suka ketawa2 juga suda. Time dua bulan ney juga la dia baru bersunat sebab klinik x mau terima baby sunat bawah 2 bulan. Alhamdulillah dia good girl juga masa disunat. Time dua bulan ney juga la dia suda pandai mau cerita2 if kita tengok dia.
  • 3 months - Masa ney dia sangat rajin bercerita especially dengan abang Haziqnya, abang Danishnya & kakak Nianya. Masa umur 3 bulan ney juga my baby first time naik plane. Perjalanan dari KK ke Tawau. So far dia x terlalu cranky pun dalam plane. After balik dari Tawau, kami 1 family decide untuk berhijrah ke Labuan. Masa ney juga kami perasan dia sangat suka dengan kartun Agent Oso. Memang tue ja dia tengok hari2. 
  • 4 months - Her first rolled over. Memang dia excited betul ney dapat meniarap sendiri. At this moment dia belajar duduk dengan bantuan. Dia suda pandai genggam barang mainan dia & paling dia suka gigit2 mainan yang dia pegang.
  • 5 months - Dia suda start pandai mengensot ke depan. Selalu yang dia akan cuba capai adalah laptop & tab. Dia suda mula recognize every person yang dia jumpa means dia suda pandai memilih orang. Suda start bagi dia try makan air bubur & bubur yang dilecek. Very lite one. Then bagi dia rasa jus2 buah sket2.
  • 6 months - Dia bole duduk tanpa sokongan suda. Tapi still belum berapa stabil. Pandai tertunggang sendiri. Hehehe. Dia sangat excited makan time ney. Dia makan nestum, bubur lecek, fruits & biscuit. Time ney juga dia learn minum guna straw tapi still fail minum dari botol sebab tetap pilih untuk menyusu badan. Masa 6 months ney juga dia punya first travel to KL. Alhamdulillah sangat good girl bila dalam plane. At this moment juga dia suda pandai start humming & paling x bole lupa masa dia 6 bulan ney la for the first time dia demam.
  • 7 months - Her first 2 teeth suda kuar. Ermmm memang quite cranky la dia tumbuh gigi. Just bagi dia gripe water & gel gusi. So far okay la juga dia. Bila ada gigi makin la dia suka makan & gigit2. Pandai suda makan fries masa ney. Huhuhu. She got her 1st walker at this time. Kesian lambat guna walker. So dia sangat la excited. Then bila letak di katil dia, dia suda mula berdiri tapi still jatuh2. Tapi duduk memang dia okay suda. Paling bikin panas is dia x suka suda pakai headband. Hurmmmmm.
  • 8 months - She became more active. She love to sing. Sometimes dia humming slowly tapi sometimes pandai high pitch la pula. Sangat suka berdiri berpaut pada katil. Time ney baru la dia mau belajar merangkak juga. Macam lambat sket dia angkat badan. Masa ney juga my baby celebrate her 1st Aidilfitri.
  • 9 months - Dia suda mula mau mandi berdiri. My baby sangat suka air tue la sometimes takut dia tergelincir sebab pandai excited masa mandi. At last papa dia belikan kerusi untuk mandi. Tapi most of the time dia tetap mau mandi berdiri walhal belum pandai berdiri pun. Her 2nd time fly to KL juga at this month & our first flight alone which is papa dia balik duluan dari kami. Nasib la dia tido sepanjang perjalanan. Dia tau kali mama dia sendiri bawa dia naik plane. Masa ney juga kami dapat tau my baby sangat suka naik motor tapi bukan duduk ya. Dia mau berdiri dalam bakul depan motor. Sangat berani & confirm akan mengamuk if turun motor. Same goes bila dia main car yang masuk syiling tue. Sangat susa mau bagi dia stop main. Masa ney juga dia kena macam measles. Owh my memang rawan hati tengok dia kesakitan. Huhuhu.
  • 10 months - Masa ney sangat susa mau suru dia duduk di carseat suda. So, I taught her to sit by herself on passenger seat. Guna seatbelt sendiri. Asyik lupa beli portable carseat tue. Huhuhu. Masa ney juga dia fly ke KL for the third time. At this moment my baby suda pandai bergaya2 main hp. Suka sangat dengan phone siap buat gaya bertelefon lagi. She got her first travel stroller & bicycle. So, memang dia excited la kan. Dia suda pandai melangkah tapi still la pegang2 & berpaut pada kerusi, meja & almari. Can't wait to see her first walk without any support.
  • 11 months - Makin laju dia melangkah tapi still belum bole jalan lagi. Huhuhu. Masa ney juga la my baby baru belajar masuk pool. Kesian lambat ba. Tapi suda masuk macam selalu seja dia mandi di swimming pool kan. Sangat la x mau kuar dari pool. Sabar ja la. At the end, papa dia belikan small pool untuk dia main di rumah. Dibelikan pelampung tapi dia cuma mau berdiri jalan2 sambil berpaut pada pool. Sabar ja la.
Ney la kisah about my little princess. In few days, dia akan masuk setahun. Sangat cepat masa tue berlari kan. Harapnya my baby akan dapat berjalan bila masuk setahun ney means before kami pegi family trip. So, I guess I will need extra energy after this. Hehehehe. Jom tengok pics my baby dari lahir sampai la dia umur 11 bulan ney.

born day

1 month

2 months

3 months

4 months

5 months



6 months

7 months

8 months

9 months

10 months


11 months







November 22, 2012

No Update

owh my.......... sangat2 la lama rupanya tidak mengupdate my blog. Ikutkan banyak yang mau distory mory kan tetapi selalu la sangat lupa untuk tulis apa2 entry kan. Walhal en hubz yang busy outstation selalu, tapi wife nya pula yang macam busy kan....

Nothing much happened within this couple months. Just do the same routine. Ada juga follow en hubz outstation for few days in KL and selebihnya just stay at home & balik rumah mama di KK. tue yang pandai malas update2 entry tue kan. Pasal keja, still buat benda yang sama. Online biz and then jadi Manager & Secretary untuk en hubz. Tapi ada tambahan satu tugas lagi iaitu jadi Accountant juga. So sepa cakap senang jadi surirumah tue sila turun tangan k. Lebih banyak tugas owh. Kalo keja opis ney kompom gaji ribu riban suda dengan jawatan2 macam ney. Kekeke. 

Esok need to do some inventory. Agak la tergendala sket kan proses menjual Tablet PC ney. So sekarang mau buat Clearance Stock, jadi memang bagi harga pun super rendah la. Bole jenguk2 my page if ada yang berminat dengan Tablet PC ney. Sangat mura dijual sekarang sebab memang mau clearkan semua stok2 ney supaya lebih banyak ruang2 kosong yang akan terhasil di almari I nanti. Hehehe. Produk terbaru yang dijual di my FB page adalah Pure Marine Collagen (Purple) , Super 79 BB Cream & DermafalBeutskin Essence still juga dijual memandangkan memang ney hot product, it's just I tambah suda dengan jual SNE Capsules. So, ney dua supplement memang pakej lengkap from SNE Marketing untuk kecantikan luaran dan dalaman wanita.

Okay selesai story pasal keja. Mau story pasal my little princess pula. Now dia suda masuk 11 bulan means mamanya sekarang menghitung hari untuk si kecik ney naik setahun. Wah!!!!! How time flies. Sooooooooo fastttttttttttttt. Kalah itu cerita too fast too furious. Sangat tidak rasa. Sekarang ney paling tidak sabar mau tengok dia jalan. Memang dia sangat semnagat mau jalan dari 10 bulan lagi, tapi nampaknya kaki dia belum brapa stabil untuk berdiri so dia still lagi pegang2 kerusi, meja & almari untuk dia berpaut. Hopefully bila masuk setahun dia akan jalan terus. Kinda excited tapi maybe akan jadi extra keja for me to train her to be a very good girl before our family trip to Singapore. If dia lari2 seja, confirm eyang dia fenin. Kekekeke..

Usually most of mothers out there memang akan celebrate their child's first birthday. But, for me still lagi berkira2 sebab dia baru masuk setahun confirm belum pas tiup lilin. Yang dia tau just menari bila dengar music terutama lagu Oppa Gangnam tue. So, rasanya I x buat la partayyyyy yang havoc2 for her. Cukup sekadar kami celebrate sendiri with family sebab confirm yang tiup tue lilin diketuai mamanya bersama peniup lilin latar iaitu Ucu si baby & her cousin. Hehehe. So, memang I tea buat apa2 plan or preparation towards her 1st birthday celebration. Plus belum tentu pun papa dia ada. Memang sangat jarang ada diruma sekarang. Terasa macam kawen dengan orang keja offshore pula. Kalah2 lagi. Hahahaha.

Okie dokie la, enough for this entry. Nanti banyak lagi I melalut sampai ke laut pula. Next entry rasanya mau tulis tentang perkembangan my princess from her day 1 old sampai la yang ke 11 months old ney. Maybe bole jadi diary I di masa depan bila dia ada adik nanti. Tapi don't know la bila kan. Bergantung pada rezeki Allah. Till then, layan la dulu klip video yang menjadi poooojaan ramai ney. Even my daughter bole tengok ney sampai 10x sehari. Maybe the song ver catchy even the clip not suitable untuk budak yang age macam dia kan. Apa2pun, enjoyyyyyyyyyyyyyyyy!!!


September 30, 2012

My Baby Sakit

Orang selalu cakap kalo baby yang masi menyusu badan, confirm dorang susa mau sakit.  Memang tidak dinafikan. Selama 9 bulan ney rasanya baru 3x Izzati sakit. Tapi kali ney sakit dia sampai buat mama dia berlinang airmata okay. Sangat la tidak sanggu tengok dia sakit macam tue. This time my princess bukan demam biasa tapi demam campak. Tapi bukan measles atau chicken pox. Cuma memang dalam family campak. Heran juga tue doktor x bole kasi specific name bout sakit dia. At first badan dia warm2 ada la dalam dua hari. Then nampak macam ada rashes di leher. So just sapu Hazeline Snow (memang dari dia lahir akan sapu krim ney if kena gigit nyamuk or ada rashes). Tup2 tengahari tue melarat pula satu badan. Even tapak tangan and tapak kaki pun ada. Tapi si baby maintain okay. Not cranky at all. Tapi we decide untuk bawa dia pegi klinik & just kena bagi Calazite cream.

Balik rumah dia mandi makan suma dengan penuh keriangan. Siap naik motor lagi pusing2 kampung sama papanya. When malam perasan yang badan dia warm. Makin lama macam makin panas. I just gave her ubat demam. Then dia tidur. Tapi dia tidur x mau berlepas sama mamanya. Menten mau menyusu. If bergerak sket ja confirm dia menangis. So malam tue memang dia tido melekat dengan mamanya ney. Tapi kejap2 akan merengek. Maybe dia x selesa kan. The next morning masa paling kritikal. Dia x mau berenti menangis okay. Mana x panik kan. So terus bawa dia pegi klinik awal pagi morning. Di klinik lagi la meriah suara dia. Doc just bagi ubat demam yang kuat sket and antibiotic. Sampai rumah dia makan suma. Tapi x lama pastu nangis lagi.

Hohoho mama dia pun ikut nanes skali sebab panik & x sampai ati tengok dia nangis macam tue. Last option is bagi dia minum air kelapa & sapu badan dia dengan air kelapa tue then buka baju dia. Coz maybe dia sangat cranky because of ngantuk & badan dia gatal2 kali kan. Alhamdulillah after that dia terus okay x menangis & dapat la dia tido lena sket. Memang berkesan la air kelapa ney kan. Memang si baby x cranky  suda pastu. The next day lagi banyak kuar merah2 tue tapi dia x demam & not cranky at all. Alhamdulillah. So far amek masa seminggu juga la untuk merah2 tue hilang. So bila dia suda okay tue apalagi sangat la aktif gayanya. Paling dia suka bila dapat mandi few days after dia sembuh. Maybe dia sangat suka mandi so when x mandi tue dia rasa macam x complete kali kan. 

Moral of the story, jangan panik if anak sakit. hehehe. Dia nangis2 just because rasa sakit & x selesa. So si mama harus menten steady okay. If not dia akan lebih cranky. Ney few pics masa dia sakit.

Di pipi la paling menyerlah merah2 tue


Odw to clinic

Tetap menten naik motor even sakit

Sangat happy dia dapat mandi

September 7, 2012

Suria Secret Ramping Balm

Another new product from my store. Terbukti da keberkesannya. Ramai yang suda repeat order. Balm ney comel la sangat. Minnie mini sungguh tempatnya. Tapi walaupun kecil, efeknya besar okay. Jom tengok serba sedikit tentang produk ney.

Kebaikan Balm :

  1. Dapat menurunkan berat badan dalam masa yang sangat2 singkat. Kalo dengan penggunaan yang konsisten dapat turun berat seawal dua minggu. Wah!!!!
  2. Merupakan penawar serbaguna. bukan saja untuk kurus tapi balm ney kita boleh guna untuk rawat Gout, Sakit pinggang/sendi, Darah tinggi, Penat, Lelah, Migrain, Senggugut & untuk yang baru lepas beranak.
  3. Bahan2 yang terkandung dalam ney tidak bahaya. semua semulajadi okay. Bahan utama cuma serai wangi & pokok kemarau lima bulan.
  4. No need diet2. Just sapu balm ney di tempat lemak2 degil yang terkumpul :p
  5. Long lasting. Uiseh macam mekap pula bunyinya. Panasnya tahan lama bukan setakat 1-2 jam tapi kita stll rasa selesa. 
  6. Bau sangat la mild. Bukan macam sesetengah ubat kurus, bau sangat la menusuk kalbu :p
  7. Ney mesti ramai yang suka, balm ney tahan lama. Even macamana kita rajin pakai, at least boleh bertahan sebulan disebabkan sifatnya yang seakan wax.
  8. Last but not least, balm ney senang la mau bawa pegi mana2 sebab saiznya sangat la mini. Simpan dalam handbag pun orang nda perasan. Even kita pakai beg yang cinonet pun still muat sebab saiznya yang extra cinonet.
Cara penggunaan :
  1. Untuk buang lemak - just sapu pada kawasan2 yang ada lemak.
  2. Darah tinggi /migrain - sapu pada belakang leher.
  3. Gout / sakit2 sendi/ senggugut / lelah - sapu pada kawasan yang sakit.
  4. Ibu2 lepas beranak - sapu di perut dan kawasan berlemak yang lain, sebaiknya pakai bengkung atau korset after sapu balm ney.
Best kan balm ney. As for me even suda turun 25kg after beranak, tapi saya still try guna produk ney untuk tau keberkesannya sebab kadang2 tue pandai juga sengal2 badan kan & still banyak lagi lemak degil di perut ney. So, harus la guna balm ney kan. Lagi satu adalah untuk cuba bagi encik husband pakai supaya kurus sket. Kekeke. If berminat untuk order boleh click di link ney Balm Mujarab. Harga sangat la berpatutan. Cuma RM55. 


September 5, 2012

Our 2012 Raya

Alhamdulillah, tahun ini diberi kesempatan & kesihatan yang baik untuk bertemu denga bulan Ramadhan serta Syawal. Ini merupakan tahun yang ketiga beraya bersama suami. Memang ikut urutan sungguh menyambut Syawal ney. Masa 2009, beraya sebagai tunangan orang. 2010 beraya berdua. 2011 beraya dalam keadaan mengandung. 2012 beraya sekali dengan si ketot kami ney. Hehehe. Jadi persiapan tahun ney lebey kepada puteri kami & adik-beradik suami yang masih belajar. Tahun ney turn beraya bersama bonda di KK. Memandangkan sekarang tinggal di Labuan suda, jadi suasana balik beraya tue memang terasa la. Enjoy.

Asalnya mau balik naik flight tapi last minute decision, husband said bawa keta. Okay feri suda penuh. Nasib la ada ipar yang sudi membantu untuk dapatkan tiket feri. Kami dijadualkan belayar jam 3.30pm dengan feri baru gitu. Feri Kimanis namanya. Happy la sebab dapat balik cuma sedey sket sebab x berkesempatan bersahur & bersungkai dengan my mum di KK. Tapi, janji dapat balik beraya memang bersyukur la. Kami bertolak dari rumah seawal 12 tengah hari sebab kena singgah rumah nenek husband dulu then kena pegi Financial Park @ UK untuk beli barang sket. Dipendekkan cerita, kami mula beratur di feri jam 2.30pm. Siap beli KFC suda untuk juadah sungkai petang tue sebab sangat2 la yakin akan bersungkai dalam perjalanan dari Menumbok ke KK. Semangat gitu.

Masa beratur tue kami nampak feri  Brunei masi stranded lagi sebab terlalu banyak kereta jadi ada kereta2 & lori2 yang mau ke Brunei stucked. So, yang kereta2 ke Menumbok harus give way untuk dorang jadi majoritinya kami buat pusingan tawaf . Selesai ja feri Brunei ney jalan, terus feri Kimanis masuk. Confident ney mau naik feri suda. Skalinya feri tue reverse balik after turunkan kereta2 yang dari Menumbok. Punya la blur. Konon kena give way dulu dengan feri Warisan & Wawasan. Nasib posa kan jadi bersabar la. Akhirnya sesi sungkai adalah hanya di tepi feri di Terminal Labuan. hehehe. Kesian dengan baby la sebab lama sangat menunggu. Kami hanya dibenarkan naik feri dalam jam 8.30 malam & bertolak lebih kurang 9.30 malam. Bayangkan berapa jam menunggu. Penatzzzz.

Dipendekkan cerita kami sampai rumah almost 2am. Memang terasa suasana balik di malam takbir tue dengan perjalanan jauh berteman lagu raya & hujan lebat. Nasib la si baby tido sepanjang perjalanan dari Menumbok ke KK. Sampai saja rumah dia bangun tengok TV. Around 3am baru tido. Tapi mamanya sambung lagi story mory. Akhirnya tido jam 5am. Besoknya bangun 7.30am memang muka seposen. Orang lain pegi solat Aidilfitri, so kami sibuk di dapur siapkan apa yang perlu. Tahun ney kurang korum memandangkan one of my sister beraya di KL. Tapi kemeriahan tetap terasa. Kami berkumpul, bersalaman & makan Raya bersama. Paling best part mau amek family picture terpaksa la guna self timer tapi ada la yang terputus kepala. Hehehe. Naib masa di ruma my cuzzie dorang ada tolong amekkan family pic.

For raya pertama, kami beraya di rumah my aunty di Seri Gaya & Petagas. Then, terus pegi beraya di Papar sampai malam. Nasib la si baby tidak la terlalu berkerenah. Maybe dia nangis2 pun sebab penat. Malam tue balik rumah memang suma tido dengan semangatnya. Next day bangun memang bersiap tolong2 sket sediakan juadah untuk tetamu mum yang datang umah sebab kami laki bini kena rushing untuk beraya di rumah saudara-mara on my side memandangkan masa kami beraya di KK sangat sekejap. Masa ney just sempat beraya di rumah my uncle di Seri Gaya, Taman Jumbo, Kampung Pasir Putih & Kuala Menggatal. Memang beraya sampai ke malam. The next day kami beraya on my husband side pulak di Tenghilan, Kota Belud & Likas. Pengsan beraya. hehehe. Raya ke4 kami just stay at home sebab terpaksa bersiap2 untuk balik Labuan. Alhamdulilah perjalanan kami kali ney agak smooth. Feri pun delay dalam sejam macam tue ja.

Balik Labuan kami beraya ala kadar ja. Ziarah rumah saudara-mara terdekat ja. Then hubby rushing ke Brunei sebab ada urusan keja. Kiranya kami beraya pun hanya 6 hari then balik ke rutin asal yang mana jadual keja hubby yang agak pack. So, ney la story raya untuk tahun ney. Hopefully Ramadhan & Syawal tahun hadapan lebih meriah. Can't wait. Dari kami sekeluarga diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Enjoy some of our pics ;)











August 7, 2012

8 months Izzati

Sangat pantas masa berlalu. Tanpa sedar, my baby girl 8 bulan suda. Rasa macam baru ja beranak. Tup2 8 bulan suda si baby. Sekarang ney macam2 la gaya dia. Sejak dia ada dua gigi di bawah, sangat la dia x suka makan bubur yang dilecek. Apa yang orang besar makan dia pun mau makan. Jadi sekarang dia memang x makan bubur yang dilecek. Hanya sayurnya ja yang dilecek. Disebabkan dia x bole makan ayam, so si mama masakkan dia daging. Tapi tue pun dimasak & dilecek la dulu campuran daging tue. Sekarang mamanya kena fikir resipi2 untuk tukar2 selera si baby.

Selain tue, hobi menyanyi dia semakin berkembang sekaligus aktiviti melompatnya dalam walker. Try la nyanyi sambil tepuk tangan, dia la yang paling excited humming sambil lompat2. Nasib ja la tue walker masi dapat bertahan dengan keaktifan si baby. Lagi satu yang perasan sejak dia naik lapan bulan ney ialah suka berlari2 dalam walker. Belum lagi pandai berjalan tapi penat suda mamanya mengejar. x tau la apa kejadian dia berjalan nanti tapi memang sangat x sabar tengok dia berjalan. Penat suda mau menggendong dia. Bukan sebab dia berat tapi sebab dia ndakan pandai duduk diam even semasa didukung. Bayangkanlah.

Cuma yang bestnya bila suda dia besar2 sket ney, dia faham suda untuk berinteraksi dengan kita. Pandai juga suda loyar buruk sama mamanya. makin kita marah & larang dia buat benda, makin dia suka ketawa2. Sabar ja la. Tapi, tue la dia penghibur hati papa & mama. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat & ceria. Tidak banyak kerenah. Paling2 pun aktif terlebey ja. hehehe. Tapi, satu perkembangan dia yang paing membanggakan adalah pandai minum guna straw. Ka memang baby 8 bulan pandai minum guna straw?? Bila tengok dia minum tue macam syok ney. Semangat.

Dari segi makan & minum ney, Izzati memang tiada masalah. Cuma dia terlampau suka mau makan apa yang kita makan. Hopefully la perutnya okay. Menyusu dari botol memang dia masi kurang mau. Still juga mau melekat sama mamanya. Lagi2 kalau mau tidur. Memang dia akan menyusu dengan gaya akrobatiknya. Biskut pun dia still suka makan cuma kurang pemilih suda. Pandai makan suda biskut perisa lain2. Even dia kuat makan tapi beratnya memang x bertambah. tadi timbang cuma 7.5kg. Hopefully pegi klinik next week, berat dia still dalam graf normal.

Dari segi pemakaian, mama dia try tukar imej suda. Mengurangkan dia pakai dress slalu. Diajar suda untuk pakai jeans & blouse. Kurang suda dia pakai romper2 & jumper2 tue kecuali di rumah. Yang sedey part rambut la. Mamanya mau tukar imej dia pakai kelip2 pula sebab macam boring suda pakai headband. Tapi, disebabkan rambut yang terlalu 'halus' tue, susa la ba kelip tue mau stay. hehehe. x sabar wait rambut dia tumbuh lebat. Teringin mau ikat2 & tocang2 ;) So far ney la gaya dia untuk 8 bulan selain dia juga berusaha untuk belajar berdiri dari posisi duduk tanpa pegang apa2. Harapnya ada perkembangan positif lagi bulan ney. hehehe. Excited okay. Ney la kelebihan jaga anak 24-7, suma perkembangan dia kita dapat tengok. Alhamdulillah..

Jom layan gambar si baby yang aktif ney ;)

Paling suka memanjat kaki mamanya

Muka bangun tidur

Siap guna 2 tangan

Tayang gigi

Comot

Tetap juga mau dipakaikan kelip ;)



Beutskin Essence

Last week ada my friend yang approach untuk try satu produk dari SNE. Mula2 tue macam ragu2 la kan. agi2 sekarang ney still breastfeed baby Izzati. So, dikaji & belek2 la konon produk ney dalam internet. Banyak mention yang breastfeed mum x bole consume this capsules. Sedey la juga coz' memang terdetik juga la mau try. Skali I try ask my friend actually I bole makan or not this capsule. Then dia cakap should be boleh. Untuk lebih kepastian, terus contact SNE Marketing tue. hehehe. Then, dorang cakap hanya ibu2 mengandung yang x boleh makan kapsul ney. Terus beli dari my friend tue.

So far after makan ney, belum la kan nampak hasilnya di muka macam Adira AF tue. hehehe. Tapi, badan rasa ringan & cergas after makan ney. Baby pun so far tiada masalah. Hopefully okay la produk ney. Tapi disebabkan level keyakinan yang sangat tinggi, memang pasti produk ney sangat bagus. Lagipun suma orang tau kebanyakan & hampir semua produk SNE ney bagus untuk kesihatan. Bahan2 yang  digunakan pun semulajadi & kebanyakan hasil daripada tumbuhan. So, no need to worry.

Artis2 pun ramai yang consume Beutskin Essence ney. Paling cun hasil after makan ney ialah Adira AF5. Selain tue, Isma AF7 & Saida, kakak Siti Nurhaliza & Rozie, kakak ipar Siti Nurhaliza, pun makan produk ney. Patut la kulit dorang cun melecun. Jadi, mari la ramai2 kita try makan produk ney. Bukan untuk kecantikan kulit semata tetapi untuk kesihatan dalaman juga. Paling penting produk ney adalah anti-oksida. So, sangat bagus untuk para wanita seperti kita ney. If rasa mau beli produk ney, boleh la usha2 di page http://www.facebook.com/media/set/?set=a.269543076487622.55537.132999850141946&type=3. Satu kotak ada 60 kapsul. Harga sekotak adalah RM240.

Mari la kita sama2 menjaga kesihatan dalaman & kecantikan luaran ;)






July 7, 2012

Nur Izzati Batrisyia Big Already

My lil' princess da besar. 7 months already. Time flies very fast. Sejak pandai makan ney, mulut dia la paling bising when lapar. Sangat la gaya dia ney x macam baby girl. More to boy. Super duper active @ hyperactive. Tapi, alhamdulillah, at least dia diberi kesihatan yang baik. Jadi budk yang membesar sehat & aktif. Syukur Ya Allah. For this time being, her fav food is carrot. Even her biscuit pun memang perisa carrot. Fav bubur dia memang carrot + brokoli. So far x bole makan ayam lagi. Kulit dia quite sensitive sekarang. When campur bubur tue dengan ikan, dia macam x suka pula. Huhuhu. Time jalan-jalan pegi KL, try belikan dia bottled food & cerelac. Malangnya dia memang x suka. By the end, terpaksa bagi dia biskut & KFC mashed potato. Terpaksa yakinkan diri yang dia akan okay makan tue. Hehehe. Lagi satu yang perasan dengan si baby ney, memang dia x suka pisang. Confirm muka dia akan berkerut seribu when bagi dia pisang @ biskut perisa pisang. Dia paling suka makan tembikai & papaya.

Pasal gigi pula, memang belum ada gigi si princess ney. Baru mau kuar 2 gigi bawah. Macam lambat betul mau kuar yang dua gigi ney. Alhamdulillah, dia x la cranky mana when sakit demam mau kuar gigi ney. Bole dikira okay lagi la when dia cranky pun. Cuma bila makin aktif, suda pandai duduk & start mau berdiri2 ney, paling susa bawa masa mau jalan. X reti duduk diam okay. Lagi2, x mau duduk di carseat dia. So, satu cabaran buat mama dia la kan coz' susa sket mau drive suda. Asyik2 mengamuk bila suda duduk di carseat tue. Huhuhu. Citarasa kartun pun berubah suda. X terlalu addicted suda sama Agent Oso tue. Sekarang beralih kepada Jungle Junction & her fav character si Elle tue. Comel besar kaler biru. Kekeke. Sekarang ney mama dia memang x kesabaran mau tengok si baby berdiri & berjalan. Apa2pun, layan dulu pics si princess ney. Memang sekarang agak liat update blog. Tapi will try my best merajinkan diri after this. Till then, layanssssssssssss....

Paling happy when makan biskut

Her smiling eyes

With her fav hoodie

Kejap ja ney bertahan when pakai tudung

Memang dia akan sangat menikmati bila korek telinga

Paling suka mengamuk bila pakai baju

Her fav I guess

Dia sangat suka dengan karakter Ice Age ney. Berabis dia mau pegang suma