16.10.2009

November 24, 2012

Mama's Little Princess

After 9 months pregnancy, akhirnya lahirlah si kecil yang dinantikan selama 2 tahun lepas kami bernikah. Lama juga la menanti kehadiran si kecik ney. Dari mamanya selim melim sampai jadi extra 'comel' gitu. I lahirkan si baby awal 10 ari. Patut due date 12.12.11 tapi dia kuar 02.12.11. Alhamdulillah proses kelahiran agak cepat lah juga eventhough kena vakum kan. Sampai hospital 7am, baby kuar 8.45am after tiga kali kena sedut memandangkan kedudukan kepala baby macam x ngam. Bak kata doktor if baby x bole kuar juga memang kena c-sec. Kalo la kena c-sec kompom2 I akan meraung punya memandangkan da sejam I meneran bagai nak rak.

Memang bersyukur sangat sebab rasa sakit mau beranak tue tidak terlalu lama. Memang suda teasa dari jam 1am tapi still setengah2 jam sakitnya till yang 6am tue baru la rasa yang 3minit sakitnya. So on that time baru la bergegas mandi segala, kejutkan en hubz, minum segala air zam2 & selusuh tapi paling x bole trima tue sempat lagi breakfast sebab kelaparan tahap dewa plus takut teda tenaga pula mau meneran. Uiseh. Paling x bole lupa masa dalam keta segala2 la dibaca memandangkan masa tue memang sakit yang teramat. Nasib la hospital tue setakat 10minit perjalanan & x jam. Kalo tidak confirm haru biru. Sampai hospital sanggup x mau turun dulu. Mau juga jalan jauh2 dari parking sama hubby. Nasib la terus disorong pegi labour room sebab bukaan suda 8cm.If not memang akan meraung sebab x tahan sakit suda. So ney memang satu pengalaman paling berharga yang I rasa dalam melahirkan si cinonet I ney.

Pagi beranak, petang balik ruma suda nyanyi2 walaupun kesakitan tue belum reda kan. Pagi bawa perut, petang bawa baby suda. So far, selama 11 bulan ney, my baby bukan la jenis yang banyak ragam pun. Sebulan pertama seja dia macam extra cranky kan maybe sebab dalam proses membiasakan perubahan dari dalam perut ke dunia baru. Kembung perut pun sangat la jarang. Sakit pun tidaklah kerap mana. so, ALHAMDULILLAH Allah kurniakan permata hati yang sempurna dan senang dijaga. Selama 11 bulan ney juga la my baby masih full breastfeeding. Pernah cuba bagi formula tapi dia tolak even botol pun dia x mau. Tetap juga mau melekat sama mamanya. So, now I officially announce that I'm an exclusive breastfeed mama for 11 months. Hahahaha. Bangga and sangat bersyukur okay sebab bukan semua ibu dapat menyusukan bayi mereka sendiri. Alhamdulillah.

So, apa kata kita tengok perkembangan anak I dari mula lahir sampai sekarang. Nampak sangat la kan I syok sendiri bila tulis entry sebab belum tentu pun ramai yang read blog ney. Tapi, this is my blog and I enjoyed to write any topic that I like. Uiseh. Okay sambung story.

  • Day 1 - Balik umah dia tido ja pun tapi start jam 1 memang berjaga. Suasana ney bertahan la juga selama sebulan jadi memang mamanya dari 76kg turun ke 65kg masa ney. Hahaha. Masa ney juga la nanes2 bila baby menyusu sebab kesakitan. Nasib en hubz memahami and dia belikan nipple cream jenama Palmer's tue. Sangat berkesan.
  • 1 month - Masa ney lemak di badan anak I da nampak perkembangan. Dari halus mulus saiznya, ada la nampak suda masel2nya. Kekeke. my sisters always call her Michellin baby. Tapi, dia x berat pun sekadar 4.3kg only. Just naik 0.9kg. Masa ney dia pandai senyum2 suda & respon pada bunyi2.
  • 2 months - time ney pandai respon dengan kamera suda. Macam betul seja. Suka ketawa2 juga suda. Time dua bulan ney juga la dia baru bersunat sebab klinik x mau terima baby sunat bawah 2 bulan. Alhamdulillah dia good girl juga masa disunat. Time dua bulan ney juga la dia suda pandai mau cerita2 if kita tengok dia.
  • 3 months - Masa ney dia sangat rajin bercerita especially dengan abang Haziqnya, abang Danishnya & kakak Nianya. Masa umur 3 bulan ney juga my baby first time naik plane. Perjalanan dari KK ke Tawau. So far dia x terlalu cranky pun dalam plane. After balik dari Tawau, kami 1 family decide untuk berhijrah ke Labuan. Masa ney juga kami perasan dia sangat suka dengan kartun Agent Oso. Memang tue ja dia tengok hari2. 
  • 4 months - Her first rolled over. Memang dia excited betul ney dapat meniarap sendiri. At this moment dia belajar duduk dengan bantuan. Dia suda pandai genggam barang mainan dia & paling dia suka gigit2 mainan yang dia pegang.
  • 5 months - Dia suda start pandai mengensot ke depan. Selalu yang dia akan cuba capai adalah laptop & tab. Dia suda mula recognize every person yang dia jumpa means dia suda pandai memilih orang. Suda start bagi dia try makan air bubur & bubur yang dilecek. Very lite one. Then bagi dia rasa jus2 buah sket2.
  • 6 months - Dia bole duduk tanpa sokongan suda. Tapi still belum berapa stabil. Pandai tertunggang sendiri. Hehehe. Dia sangat excited makan time ney. Dia makan nestum, bubur lecek, fruits & biscuit. Time ney juga dia learn minum guna straw tapi still fail minum dari botol sebab tetap pilih untuk menyusu badan. Masa 6 months ney juga dia punya first travel to KL. Alhamdulillah sangat good girl bila dalam plane. At this moment juga dia suda pandai start humming & paling x bole lupa masa dia 6 bulan ney la for the first time dia demam.
  • 7 months - Her first 2 teeth suda kuar. Ermmm memang quite cranky la dia tumbuh gigi. Just bagi dia gripe water & gel gusi. So far okay la juga dia. Bila ada gigi makin la dia suka makan & gigit2. Pandai suda makan fries masa ney. Huhuhu. She got her 1st walker at this time. Kesian lambat guna walker. So dia sangat la excited. Then bila letak di katil dia, dia suda mula berdiri tapi still jatuh2. Tapi duduk memang dia okay suda. Paling bikin panas is dia x suka suda pakai headband. Hurmmmmm.
  • 8 months - She became more active. She love to sing. Sometimes dia humming slowly tapi sometimes pandai high pitch la pula. Sangat suka berdiri berpaut pada katil. Time ney baru la dia mau belajar merangkak juga. Macam lambat sket dia angkat badan. Masa ney juga my baby celebrate her 1st Aidilfitri.
  • 9 months - Dia suda mula mau mandi berdiri. My baby sangat suka air tue la sometimes takut dia tergelincir sebab pandai excited masa mandi. At last papa dia belikan kerusi untuk mandi. Tapi most of the time dia tetap mau mandi berdiri walhal belum pandai berdiri pun. Her 2nd time fly to KL juga at this month & our first flight alone which is papa dia balik duluan dari kami. Nasib la dia tido sepanjang perjalanan. Dia tau kali mama dia sendiri bawa dia naik plane. Masa ney juga kami dapat tau my baby sangat suka naik motor tapi bukan duduk ya. Dia mau berdiri dalam bakul depan motor. Sangat berani & confirm akan mengamuk if turun motor. Same goes bila dia main car yang masuk syiling tue. Sangat susa mau bagi dia stop main. Masa ney juga dia kena macam measles. Owh my memang rawan hati tengok dia kesakitan. Huhuhu.
  • 10 months - Masa ney sangat susa mau suru dia duduk di carseat suda. So, I taught her to sit by herself on passenger seat. Guna seatbelt sendiri. Asyik lupa beli portable carseat tue. Huhuhu. Masa ney juga dia fly ke KL for the third time. At this moment my baby suda pandai bergaya2 main hp. Suka sangat dengan phone siap buat gaya bertelefon lagi. She got her first travel stroller & bicycle. So, memang dia excited la kan. Dia suda pandai melangkah tapi still la pegang2 & berpaut pada kerusi, meja & almari. Can't wait to see her first walk without any support.
  • 11 months - Makin laju dia melangkah tapi still belum bole jalan lagi. Huhuhu. Masa ney juga la my baby baru belajar masuk pool. Kesian lambat ba. Tapi suda masuk macam selalu seja dia mandi di swimming pool kan. Sangat la x mau kuar dari pool. Sabar ja la. At the end, papa dia belikan small pool untuk dia main di rumah. Dibelikan pelampung tapi dia cuma mau berdiri jalan2 sambil berpaut pada pool. Sabar ja la.
Ney la kisah about my little princess. In few days, dia akan masuk setahun. Sangat cepat masa tue berlari kan. Harapnya my baby akan dapat berjalan bila masuk setahun ney means before kami pegi family trip. So, I guess I will need extra energy after this. Hehehehe. Jom tengok pics my baby dari lahir sampai la dia umur 11 bulan ney.

born day

1 month

2 months

3 months

4 months

5 months



6 months

7 months

8 months

9 months

10 months


11 months







No comments:

Post a Comment