16.10.2009

August 7, 2012

8 months Izzati

Sangat pantas masa berlalu. Tanpa sedar, my baby girl 8 bulan suda. Rasa macam baru ja beranak. Tup2 8 bulan suda si baby. Sekarang ney macam2 la gaya dia. Sejak dia ada dua gigi di bawah, sangat la dia x suka makan bubur yang dilecek. Apa yang orang besar makan dia pun mau makan. Jadi sekarang dia memang x makan bubur yang dilecek. Hanya sayurnya ja yang dilecek. Disebabkan dia x bole makan ayam, so si mama masakkan dia daging. Tapi tue pun dimasak & dilecek la dulu campuran daging tue. Sekarang mamanya kena fikir resipi2 untuk tukar2 selera si baby.

Selain tue, hobi menyanyi dia semakin berkembang sekaligus aktiviti melompatnya dalam walker. Try la nyanyi sambil tepuk tangan, dia la yang paling excited humming sambil lompat2. Nasib ja la tue walker masi dapat bertahan dengan keaktifan si baby. Lagi satu yang perasan sejak dia naik lapan bulan ney ialah suka berlari2 dalam walker. Belum lagi pandai berjalan tapi penat suda mamanya mengejar. x tau la apa kejadian dia berjalan nanti tapi memang sangat x sabar tengok dia berjalan. Penat suda mau menggendong dia. Bukan sebab dia berat tapi sebab dia ndakan pandai duduk diam even semasa didukung. Bayangkanlah.

Cuma yang bestnya bila suda dia besar2 sket ney, dia faham suda untuk berinteraksi dengan kita. Pandai juga suda loyar buruk sama mamanya. makin kita marah & larang dia buat benda, makin dia suka ketawa2. Sabar ja la. Tapi, tue la dia penghibur hati papa & mama. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat & ceria. Tidak banyak kerenah. Paling2 pun aktif terlebey ja. hehehe. Tapi, satu perkembangan dia yang paing membanggakan adalah pandai minum guna straw. Ka memang baby 8 bulan pandai minum guna straw?? Bila tengok dia minum tue macam syok ney. Semangat.

Dari segi makan & minum ney, Izzati memang tiada masalah. Cuma dia terlampau suka mau makan apa yang kita makan. Hopefully la perutnya okay. Menyusu dari botol memang dia masi kurang mau. Still juga mau melekat sama mamanya. Lagi2 kalau mau tidur. Memang dia akan menyusu dengan gaya akrobatiknya. Biskut pun dia still suka makan cuma kurang pemilih suda. Pandai makan suda biskut perisa lain2. Even dia kuat makan tapi beratnya memang x bertambah. tadi timbang cuma 7.5kg. Hopefully pegi klinik next week, berat dia still dalam graf normal.

Dari segi pemakaian, mama dia try tukar imej suda. Mengurangkan dia pakai dress slalu. Diajar suda untuk pakai jeans & blouse. Kurang suda dia pakai romper2 & jumper2 tue kecuali di rumah. Yang sedey part rambut la. Mamanya mau tukar imej dia pakai kelip2 pula sebab macam boring suda pakai headband. Tapi, disebabkan rambut yang terlalu 'halus' tue, susa la ba kelip tue mau stay. hehehe. x sabar wait rambut dia tumbuh lebat. Teringin mau ikat2 & tocang2 ;) So far ney la gaya dia untuk 8 bulan selain dia juga berusaha untuk belajar berdiri dari posisi duduk tanpa pegang apa2. Harapnya ada perkembangan positif lagi bulan ney. hehehe. Excited okay. Ney la kelebihan jaga anak 24-7, suma perkembangan dia kita dapat tengok. Alhamdulillah..

Jom layan gambar si baby yang aktif ney ;)

Paling suka memanjat kaki mamanya

Muka bangun tidur

Siap guna 2 tangan

Tayang gigi

Comot

Tetap juga mau dipakaikan kelip ;)



No comments:

Post a Comment